Sunday, July 1, 2012

Etok-Etok

Pagi-pagi aku dikejutkan oleh kawan aku sorang ni. Hampeh..nak tido lama sikit pun tak leh.Call aku pagi-pagi suruh aku beli etok-etok kat pasar pagi Pantai Dalam. Aku dengan tak mandinya pegi la kan kot-kot ada hari ni. Luckly ada plak etok-etok nya. Sekelongsong RM2. 3 kelongsong boleh dapat 5yaa..haha..pakcik yang jual tu orang Kelantan. Dan sebaris jual tu semua makcik pakcik Kelantan yang jual dan jual barang-barang dari sana. Macam-macam ada...Rupa etok-etok macam kat bawah ni.

Ni la rupa etok-etok. kat kelantan ada jual kat pasar. Dia jual dah salai ye..jadi boleh makan terus. Pakcik tu salai dengan serai+bawang+garam. Sedap weh...dengan berair-air lagik..Aku beli 6 kelongsong..aku makan 3 kelongsong. Orang yang mengirim nak 3 kelongsong saja..

Serius aku tak reti nak bukak benda ni..memulanya sebiji tu je, aku amik masa 2-3min gak untuk bukak. Bukak dengan pisau ye rakan-rakan..pasti kan anda cukup sabar untuk bukak cengkerangnya pada mula-mula anda nak makan. Kalau dah selalu makan senang je nak bukak aku rasa..huhuhu..

Ralit sungguh makan etok-etok sambil tengok tv..

2 comments:

zulme said...

Etok ni ada jual kat KL ek?

Watanabee said...

Zulme, Etok ni ada jual kat pasar pagi pantai dalam pada hari ahad sahaja. Jemput la datang. Hari ahad tu memang akan ada ramai peniaga-peniaga dari kelantan jual barang-barang makanan dari sana.