Wednesday, July 11, 2012

Kuching - Day 2

Hari ni start meeting. Station berdekatan Kampung Buntal. This is my first time being here. Station Kuching ni saling tak tumpah macam Station kat Mersing. Cuma dia kecik dari Mersing la..Meeting berjalan lancar tetapi lari dari agenda meeting. Hari ni dah makan signature dish Sarawak iaitu Mee kolok. Maaf la gambar tak da sebab dok jakun nak makan. hahaha..

Lepas meeting kami bergegas balik sebab malamnya kami akan di belanja oleh vendor.

Kami makan di Rock Road Seafood Restaurant

Kami di jamu dengan 10 macam jenis lauk. Makan lauk-lauk saja..Nasi tak de ye..huhu...makanan memang sedap. Terutama sekali Chilli Crab dia. Oyster pancake dia pun sedap jugak. Gambar makanan tak da la sebab segan nak ambil gambar. Ada vendor semeja dengan aku. Restaurant ni memang ada macam-macam seafood. Lobster pun ada. Jadi kalau datang Kuching boleh la try restaurant ni. Lokasi agak kabur sebab aku sampai masa tu hujan lebat giler punya....balik plak tak tengok jalan dah sebab kenyang. hahahha...

No comments: