Monday, July 16, 2012

Penang Pulak repair submarine cable

Aku amat buzy lately..Lokasi sekarang di Penang untuk jadi representative untuk tengok submarine cable repair operations. Tadi dah tengok tongkang yang akan aku naik esok. harap semuanya berjalan lancar..Kawasan operasi adalah di kawasan Pulau Jerejak. Keadaan dasar lautnya berlumpur yang amat tebal. Harap operasi carian kabel berjalan lancar.

Wednesday, July 11, 2012

Kuching - Day 2

Hari ni start meeting. Station berdekatan Kampung Buntal. This is my first time being here. Station Kuching ni saling tak tumpah macam Station kat Mersing. Cuma dia kecik dari Mersing la..Meeting berjalan lancar tetapi lari dari agenda meeting. Hari ni dah makan signature dish Sarawak iaitu Mee kolok. Maaf la gambar tak da sebab dok jakun nak makan. hahaha..

Lepas meeting kami bergegas balik sebab malamnya kami akan di belanja oleh vendor.

Kami makan di Rock Road Seafood Restaurant

Kami di jamu dengan 10 macam jenis lauk. Makan lauk-lauk saja..Nasi tak de ye..huhu...makanan memang sedap. Terutama sekali Chilli Crab dia. Oyster pancake dia pun sedap jugak. Gambar makanan tak da la sebab segan nak ambil gambar. Ada vendor semeja dengan aku. Restaurant ni memang ada macam-macam seafood. Lobster pun ada. Jadi kalau datang Kuching boleh la try restaurant ni. Lokasi agak kabur sebab aku sampai masa tu hujan lebat giler punya....balik plak tak tengok jalan dah sebab kenyang. hahahha...

Monday, July 2, 2012

Kuching - Day 1

Aku touchdown pukul 10. Check kastam, amik bag semua settle dalam pkul11 jugak. Nasib baik airport KIA tak besar. Jadi jalan tak da la jauh mana nak keluar kalau banding dengan KLIA kan. Aku check in di Grand Margherita Hotel. Hotel bagus setakat ini. Depan hotel ada Tun Jugah Mall, ada McD, KFC sebelah hotel, ada Riverside Mall. Strategik betul. Aku tak pergi mana pun. Jadi layan la gambar-gambar bilik dan permandangan dari tingkap hotel ku...












William corner lagik!

Malam tadi aku punya selera nak makan kt William. Mengada kan??Pagi sebelum subuh nak pergi airport, tapi nak gak carik makan jauh la konon..hahah...Menu malam ni sangat simple dan budget. Order ikut akal bukan nafsu. Huhuh...
Spegeti seafood aka olio laa.Sedap ye kawan-kawan. Makan dua orang memang boleh habis sebab tak muak langsung dan banyak pulak harta karun dalam spegeti tu..sangat-sangat best. Ada lagi satu version carbonara seafood, amat muak dan pening nak habiskan. 

Ini roti nan mozarella cheese. Aku lupa nama dia apa. Sangat-sangat sedap sebab cheese dia memang terbaek....huhuhu...

Air plak tak da dalam gambar. Air kelapa laut longan. Sangat puas minum..dok makan longan dengan kelapa laut tak habis-habis.Sebab banyak. Kalau korang tak kuat minum air, secawan besar tu leh minum 3 orang. Kalau masing-masing selera raksasa, minum 2orang la.Minum sorang memang tak abis.

Sunday, July 1, 2012

Etok-Etok

Pagi-pagi aku dikejutkan oleh kawan aku sorang ni. Hampeh..nak tido lama sikit pun tak leh.Call aku pagi-pagi suruh aku beli etok-etok kat pasar pagi Pantai Dalam. Aku dengan tak mandinya pegi la kan kot-kot ada hari ni. Luckly ada plak etok-etok nya. Sekelongsong RM2. 3 kelongsong boleh dapat 5yaa..haha..pakcik yang jual tu orang Kelantan. Dan sebaris jual tu semua makcik pakcik Kelantan yang jual dan jual barang-barang dari sana. Macam-macam ada...Rupa etok-etok macam kat bawah ni.

Ni la rupa etok-etok. kat kelantan ada jual kat pasar. Dia jual dah salai ye..jadi boleh makan terus. Pakcik tu salai dengan serai+bawang+garam. Sedap weh...dengan berair-air lagik..Aku beli 6 kelongsong..aku makan 3 kelongsong. Orang yang mengirim nak 3 kelongsong saja..

Serius aku tak reti nak bukak benda ni..memulanya sebiji tu je, aku amik masa 2-3min gak untuk bukak. Bukak dengan pisau ye rakan-rakan..pasti kan anda cukup sabar untuk bukak cengkerangnya pada mula-mula anda nak makan. Kalau dah selalu makan senang je nak bukak aku rasa..huhuhu..

Ralit sungguh makan etok-etok sambil tengok tv..