Sunday, October 21, 2012

Out Station lagik

Esok out station Pengerang dan terus ke JB. Nak pasang Streamyx pun nak panggil aku ke??hadoi la...

Next month out station jauh....Hawaii..damn..visa tak apply lagi..bos dah suruh banyak kali..

Nasib badan..

Sunday, October 7, 2012

100k

Mileage kereta aku dah sampai 100k..haishh..dah 4 tahun kereta tu berbakti pada aku..
See...nombor cantekk....amik sambil drive macam ni la..jangan buat ye kawan-kawan..

:D

Friday, October 5, 2012

Saya amat sibuk..alhamdullilah..

Just a quick update..

Lepas balik dari Penang, bebanan kerja aku bertambah-tambah..
Syukur ada banyak kerja..gaji lebih berkat. Tapi mood nak sustain momentum untuk sentiasa buat keje...memang payah..hahahah...

Sekarang amat-amat busy prepare untul Internal Audit next Monday. Tapi..aku masih mampu update blog yg ala-ala bersawang sebab mood tak de mari...

Huwahh...

Monday, July 16, 2012

Penang Pulak repair submarine cable

Aku amat buzy lately..Lokasi sekarang di Penang untuk jadi representative untuk tengok submarine cable repair operations. Tadi dah tengok tongkang yang akan aku naik esok. harap semuanya berjalan lancar..Kawasan operasi adalah di kawasan Pulau Jerejak. Keadaan dasar lautnya berlumpur yang amat tebal. Harap operasi carian kabel berjalan lancar.

Wednesday, July 11, 2012

Kuching - Day 2

Hari ni start meeting. Station berdekatan Kampung Buntal. This is my first time being here. Station Kuching ni saling tak tumpah macam Station kat Mersing. Cuma dia kecik dari Mersing la..Meeting berjalan lancar tetapi lari dari agenda meeting. Hari ni dah makan signature dish Sarawak iaitu Mee kolok. Maaf la gambar tak da sebab dok jakun nak makan. hahaha..

Lepas meeting kami bergegas balik sebab malamnya kami akan di belanja oleh vendor.

Kami makan di Rock Road Seafood Restaurant

Kami di jamu dengan 10 macam jenis lauk. Makan lauk-lauk saja..Nasi tak de ye..huhu...makanan memang sedap. Terutama sekali Chilli Crab dia. Oyster pancake dia pun sedap jugak. Gambar makanan tak da la sebab segan nak ambil gambar. Ada vendor semeja dengan aku. Restaurant ni memang ada macam-macam seafood. Lobster pun ada. Jadi kalau datang Kuching boleh la try restaurant ni. Lokasi agak kabur sebab aku sampai masa tu hujan lebat giler punya....balik plak tak tengok jalan dah sebab kenyang. hahahha...

Monday, July 2, 2012

Kuching - Day 1

Aku touchdown pukul 10. Check kastam, amik bag semua settle dalam pkul11 jugak. Nasib baik airport KIA tak besar. Jadi jalan tak da la jauh mana nak keluar kalau banding dengan KLIA kan. Aku check in di Grand Margherita Hotel. Hotel bagus setakat ini. Depan hotel ada Tun Jugah Mall, ada McD, KFC sebelah hotel, ada Riverside Mall. Strategik betul. Aku tak pergi mana pun. Jadi layan la gambar-gambar bilik dan permandangan dari tingkap hotel ku...












William corner lagik!

Malam tadi aku punya selera nak makan kt William. Mengada kan??Pagi sebelum subuh nak pergi airport, tapi nak gak carik makan jauh la konon..hahah...Menu malam ni sangat simple dan budget. Order ikut akal bukan nafsu. Huhuh...
Spegeti seafood aka olio laa.Sedap ye kawan-kawan. Makan dua orang memang boleh habis sebab tak muak langsung dan banyak pulak harta karun dalam spegeti tu..sangat-sangat best. Ada lagi satu version carbonara seafood, amat muak dan pening nak habiskan. 

Ini roti nan mozarella cheese. Aku lupa nama dia apa. Sangat-sangat sedap sebab cheese dia memang terbaek....huhuhu...

Air plak tak da dalam gambar. Air kelapa laut longan. Sangat puas minum..dok makan longan dengan kelapa laut tak habis-habis.Sebab banyak. Kalau korang tak kuat minum air, secawan besar tu leh minum 3 orang. Kalau masing-masing selera raksasa, minum 2orang la.Minum sorang memang tak abis.

Sunday, July 1, 2012

Etok-Etok

Pagi-pagi aku dikejutkan oleh kawan aku sorang ni. Hampeh..nak tido lama sikit pun tak leh.Call aku pagi-pagi suruh aku beli etok-etok kat pasar pagi Pantai Dalam. Aku dengan tak mandinya pegi la kan kot-kot ada hari ni. Luckly ada plak etok-etok nya. Sekelongsong RM2. 3 kelongsong boleh dapat 5yaa..haha..pakcik yang jual tu orang Kelantan. Dan sebaris jual tu semua makcik pakcik Kelantan yang jual dan jual barang-barang dari sana. Macam-macam ada...Rupa etok-etok macam kat bawah ni.

Ni la rupa etok-etok. kat kelantan ada jual kat pasar. Dia jual dah salai ye..jadi boleh makan terus. Pakcik tu salai dengan serai+bawang+garam. Sedap weh...dengan berair-air lagik..Aku beli 6 kelongsong..aku makan 3 kelongsong. Orang yang mengirim nak 3 kelongsong saja..

Serius aku tak reti nak bukak benda ni..memulanya sebiji tu je, aku amik masa 2-3min gak untuk bukak. Bukak dengan pisau ye rakan-rakan..pasti kan anda cukup sabar untuk bukak cengkerangnya pada mula-mula anda nak makan. Kalau dah selalu makan senang je nak bukak aku rasa..huhuhu..

Ralit sungguh makan etok-etok sambil tengok tv..

Thursday, June 28, 2012

Kuching..Meaow...Meaow

Isnin ni aku akan ke Kuching untuk meeting. Isnin pegi , Jumaat balik sudah..Aku tak prepare ape pun lagi ni. Beg pun tah ke mana aku pun tak tau. memandang kan tak de orang boleh hantar aku g KLIA, kena la aku naik ERL dari KL Sentral. Balik pulak, aku tak sure lagi macam na. Pandai-pandai la nak hidup kan. Nasib la..huhuh...


Wednesday, June 27, 2012

Sibuk tapi..

Ye..aku sangat-sangat sibuk..tapi aku malas nak buat kerja sebab fikiran agak terganggu...
Tu laa...kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai..
Jangan bermain api, nanti membakar diri...

Hamik kau...padan muka aku..



T_T

Monday, June 25, 2012

Butik Baru Radiusite

Semalam(24/6/2012) pembukaan rasmi butik Radiusite di Rawang. Butik baru, tak sure yang lama still buka atau tidak. Aku pernah pergi yang lama tu, agak sukar nak cari sebab tak da signboard. Butik lama pun cantik gak, tapi baru ni lagi comel..Aku sampai sana dalam pkul1030 pagi. Orang dah ramai gile. Maaf la tak de picture ye sebab hampon comel ku tinggal plak..Orang sangat ramai dalam butik. Nak bayar lagi la ramai. Nak jadi membership pun boleh tapi kena beli lebih RM100. Aku cuma beli sehelai je..buat persediaan untuk majlis-majlis rasmi..accehh...

Simple n nice paper beg

Aku amik shasmeen sakura putih dengan bunga grey sikit.Sangat cantik

Manik-manik kemas je jahit.

Ika pun ada. Ika sangat comel, dan kecik je orang nya. Sibuk dia layan tetamu yang datang. Makanan juga ada dihidangkan. Ada kambing golek, sate, laksa, cendol dan kuih-kuih comel. Tart Sungai Choh pun ada tau...Special punya..huhuh.. Cuma aku je yang tak sempat nak makan sebab beratur nak bayar punya lah lama. Aku datang bawak mak plak, mak balik nak masak plak sebab atok nenek aku ada kat rumah. huhu..tak pe la..next time leh soping-soping kat Radiusite. Nak pergi pun dah senang. 

Butiknya sebelah Tesco Rawang, belakang Maybank Islamik. Senang je carik sebab butiknya kat bawah..So tak perlu naik tangga macam kat Shah Alam.

Friday, June 22, 2012

Fruit Salad

Acceh...tajuk tak menahan.Dinner malam ni makan nasi sikit je...dengan lauk sardin dan kari daging.Sangat heaven ok..Lepas makan nasi, aku super rajin buat fruit salad. Sebab kat rumah aku ada banyak sangat buah. Oren penuh peti ais, tembikai ada dua biji yang besar tak potong lagi. Anggur dua bungkus dan epal merah ada banyak biji jugak.

Resepi dia:
tembikai
oren buang kulit potong kecik
epal
anggur buang biji siap-siap(pakai yang tak de biji lagi bagus)
perahan buah oren
madu

Gaulkan semua, simpan dalam peti sejuk sekejap bagi sejuk.
Makan..yummeh...

Thursday, June 21, 2012

Groovy Lime from McD

Hari ni on my way back to KL, aku singgah Mekdi. Beli la sundae baru since sundae caramel dah tak de. Sundae baru ni nama dia Groovy Lime. Aku expect rasa dia masam-masam. Tapi tak pun..Tapi kan Lime syrup tu macam darah alien laa..hahah.hijo-hijo gitu..(macam la pernah tengok darah alien) ..huhuhu...

Seee.....hijo ala-ala darah alien kan??

Wednesday, June 20, 2012

Melaka Lagik!

Esok pagi-pagi aku dah nak gerak pergi Melaka. Kali ni nak jumpa Persatuan Nelayan. Harapnya semua berjalan lancar esok. Penat sungguh la pagi gerak, tengahari nak gerak balik KL. Mesti aku akan mengantuk tengah jalan. Last time pergi Melaka aku singgah RnR Nilai dan tidur selama 45min. Hamik kau..Memang mengantuk gile. Drive pun leh terlelap-lelap. Bahaya gitewwwww....

Semoga aku selamat pergi dan balik. Amin..

Monday, June 18, 2012

Panas Hati

Saya tengah panas hati. Ye..panas di dalam sejuk di luar sebab aku berada di office. Haishh..geram tul.
Tu la akibat bila bermain api.Hahaha...suka hati aku la kan..Good bye whatsapp. Aku telah selamat uninstall nya. Semoga kurang medium untuk berborak. Padan muka aku lagi.

Saya agak bengong hari ini.

Sunday, June 17, 2012

Fan Run 2012

Hari ni pagi-pagi aku dah terpacak kat Dataran Merdeka untuk Fan Run. Orang ramai jugak yang join.
Bagusnya ada ramai family bawak anak-anak lari sama-sama. Lari dengan stroller pun ada jugak ye kawan-kawan. Tapi aku budget dia tak lari la..Cuma jalan saja. 3KM je pun..tak jauh mana la..

Ramaikan?? Yang depan tu untuk yang lari 7KM. Lepas 15min baru yang 3KM lari. Aku budget sama-sama sampai..hahaha..sebab 3KM ni ramai nak berjalan je. Bukan nak lari pun.


Dari semalam kan jerebu. So pagi ni jerebu agak kurang. Yang paling haru, masa lari dah separuh jalan, hujan turun dengan lebatnya. Lebat selebat-lebatnya. Hahaha..Lencun tau..tapi bila sampai Dataran je, hujan pun reda..hahah..saje kan nak suruh kami mandi hujan.



Saturday, June 16, 2012

B.O.S.A.N

Esok pagi aku ada Fan Run. Tengahari ada kenduri kawin plak. Ermm..Tak da kawan plak nak ajak pergi kenduri. Aku ingat budak-budak lari ni pergi kenduri. Rupanya tak..ermm..haish..tak kan nak pergi sorang plak..hadoi..nak ajak laki pun tak kawin lagi.Nak ajak bf, ermm...ade ke??hahahha...

Aku dah bosan.Aku dah bosan.

Wednesday, June 13, 2012

Victoria Jackson

Ye..aku terbeli make up. Haishh...bad influence from the lady bos laa..hahah...saje je kan..alasan.
Ada promoter jual. Tak pernah dengar pulak brand ni. Selalunya Shu uemura dan Bobbi Brown aku tau la..selain yang femes-femes macam MAC dan lain-lain tu la kan.

 Beli satu percuma banyak..hahah...

Ni shimmer yang free..

Aku beli benda ni je..dalam dia macam kat bawah.

Haa..hamik..hampir semua ada....nama pun complete petit. Comel je la

Yeah..the "No Makeup" Makeup.

Petit ni hanya basic makeup. So kalau nak pakai biasa-biasa boleh la..Nak glam-glam sila jangan beli..Tapi shimmer tu best la..muka ade shining-shining..aku punya bronze. Dia ada gold dan silver. Ikut selera nak tepek color pe kat muka. Huhu...

Dah berevolusi kah aku??TIDAK...huhu..

Saturday, June 9, 2012

Fan Run


Minggu depan(17 June) ada Fun Run, mari la join. Excited plak aku. Ada 2 kategori, satu Team Malaysia (7KM) dan Family and Friends (3KM). Aku join 3km je..tak larat nak lari jauh-jauh..huhu...

Wednesday, June 6, 2012

Free Coffee at San Francisco Coffee

Yeay...free cofffee for the entire day..happy birthday SFC! and thanks for the great free coffee..


4 orang punya coffee..huhu..

Ni aku punya satu..satu lagi mentor aku punya..:P



:)

Tuesday, May 29, 2012

Gas Habis

Dinner yang agak spoil. Aku tengah menggoreng fries, tiba-tiba gas habis plak.
Nak beli gas malas nak keluar. Jadi lantak laa...aku sms senyap plak..

Tak de mood nak makan. Fries sila la ke tong sampah. Maaf kan daku..


Sunday, May 27, 2012

SOGO SALE pulak..

Haishh...shopping lagi.Mesti orang ingat aku ni kaki shopping.
Hari ni teman Najmi carik baju dinner kat SOGO. Umat manusia amat ramai ye puan-puan.
Aku tengok semua department ada SALE. Hari-hari SALE ke kat SOGO ni??

Aku tak beli apa-apa pun. Tapi lepas keluar SOGO, pergi carik tudung pulak....
Yang ni aku memang tak tahan.Hahaha...2 helai aku rembat. Tudung 3tone bawal.
RM10 je sehelai. Mane tak tahan.Hahah...Sangat cantek..





Tuesday, May 22, 2012

Tao Kae Noi

Dinner aku malam ni, adalah crispy seaweed yang bernama Tao Kae Noi.
Aku memang suka makan seaweed. Yang ni memang sedap tapi masin lebih sikit.


Sunday, May 20, 2012

Shopping lagik??

Oh..aku ter'shopping' lagi. ALASAN. Pergi BodyShop One Utama pulak. Sangat banyak lagi barang. Tapi EDT Aqua Lily yang kak Azrina kirim sudah habis..EDT hari Jumaat lagi dah habis. mane nak dapat EDT RM16.50 je. huhu..Kalau member boleh dapat RM15 je. Haru kau..


Hasil menuai semalam. huhuh..

Kebetulan hari sabtu tu ada jual barang-barnag makanan dari Jepun.Maka sebelum balik, beli barang-barang untuk masak okunomiyaki. Betul ke aku eja tu.? Ala..piza jepun tu..beli tepung dengan Bonito flakes. Ingat nak beli miso paste, tapi ada alkohol plak. Tak leh nak beli. Okonomiyaki sause plak ada pork. Tak leh nak beli. huhuh..

Bonito flakes



Tepung Okonomiyaki.

Friday, May 18, 2012

JCard member SALE..Midvalley

Dari hari ni sampai 20 May 2012 ni ada JCARD member SALE di Midvalley. Sila terjah ke Hall3 Exhibition Hall ye, bukan di Jusco store. Banyak jugak barang-barang yang ada. Dalam aku dok tahan nafsu ni, membeli belah gak aku.Haish...dasar perempuan..


Aku beli cadar. RM50 saja.100% cotton. tebal gak. Ape lagi..rembat la satu. 

Selepas tu, masuk pulak body shop. Dari jauh dah nampak ramai giler orang kerumun kedai tu. Ingatkan ada happy hour ke kan. Rupenya ada SALE beb..Body Shop Sale sangat-sangat-sangat jarang-jarang-jarang sekali. up to 70% tu. Kalau member plus 10% lagi. Memang berpinar mata la kan. Orang memang ramai giler. 

Hasil tuaian di Body Shop MV. Total RM56.40 saje..fuh..susah nak dapat beb..

Esok pun plan nak pergi Body Shop lagi. Ada makcik ni nak membeli jugak. Kena la temankan. Hopefully I'm not buying anything tomorrow. HOPEFULLY!

Tuesday, May 15, 2012

Minum Petang..konon

Tadi kat opis, kawan aku ni dok craving nak minum coffee. So apa lagi..San Francisco Coffee la kan..jalan kaki dah sampai. Tapi aku kirim je laa..Menu biasa aku, Hazelnut Latte. Sedap. Tapi perut rasa full dari tengahari lagi still nak minum gak.NAFSU KO..lepas minum pening sendiri. Nak check invoice CUCN yang bos baru bagi pun rase berpinar je mata..PADAN MUKA.

Monday, May 14, 2012

Sakit belakang

Ohh..Sakit belakang aku ni datang balik. Tapi bukan sebab aku angkat benda-benda berat. Sakit sebab aku pakai PB punya corset. Corset ni nak membetul kan posture badan aku rasa nya. Sebab kalau aku duduk atas kerusi, tak pernah nak tegak. Mesti nak bongkok. Maka hari ini seharian la aku duduk tegak je..Memang tak senang duduk la aku ni..Kejap-kejap bangun. Pinggang lenguh, leher sengal. hahaha...PADAN MUKA. pakai la untuk kesihatan.


pic credit to sini.

Sunday, May 13, 2012

13 Mei..

Sempena 13 Mei 2012, ada buku menarik aku beli masa pesta buku yang lepas.


Masih belum baca, tapi dah selak-selak. Nampak menarik. Buku ni kena beratur sebab ada banyak buku lain nak baca gak. huhuhu...

Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday

Wordless la sangat..



Hardcover tuu...Penutup cerita Sunan..Apa salahnya kan...