Bahan roti pizza
250g tepung gandum
8g yis
20g mentega
10g gula halus
1/4 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar madu
170ml air suam
2 ulas bawang putih cincang - nak letak lebih sikit boleh kot
Sedikit oregano pun boleh letak kt roti..kasi roti ade corak-corak
Bahan-bahan topping
Sos prego/sos tomato/sos cili
Crabstick
Cili Capsicum merah+kuning+hijau(ikut suka la nak letak color pe)
Cendawan butang
Nenas - aku tak letak sebab adik aku tak makan buah.. @_@
Ayam kisar(rebus dulu ye..)
Bawang holland - ikut suka laa..
Mozarella cheese
Oregano - Aku tak letak sbb pakai sos prego yang dah campur dgn herbs
Dan ikut suka la nak letak apa..ikut selera masing-masing..
Cara nak buat roti
Masukkan semua dalam mixer/bekas/bread maker. Then biar la mesin buat keje, kalau nak kacau sendiri pun boleh...huhu..nak tau doh tu jadi ke tak, pasti kan dia tak melekat, kalau melekat, tambah sikit tepung..sikit-sikit tau..tapi jangan la sampai doh tu keras plak sebab terlebih tepung...huhuhu...
Dah siap tu..rehat kan doh dalam masa 45min. Tutup dengan bekas tu dengan kain lembab. Bila dah siap 45min tu, tumbuk-tumbuk doh kasi keluar dia punya angin..opss..lupa nak bagi tau..masu dok uli-uli tu jangan lupa tabur sikit tepung..kasi tak melekat..boleh laa di leper kan atas pan.
Topping
Atas doh yang dah cantek tu...sapu sos dulu, then tabur kan main ingredient macam ayam ke, udang ke, crab stick ke, kalau nak campur-campur pun ikut suka laa...lepas tu belasah la tabur mana-mana pun..last sekali tabur cheese laa...
Bakar suhu 180 dlm masa 20min boleh la..nak lama sikit pun boleh kalau nak kasi garing...tapi kene tengok-tengok laa...kalau nak lama sikit..karang hangit. tak dapat nak makan..huhuhu...
Ni sebelum di bakar..ni topping ayam..topping crabstick pun sedap, tuna lagi sedap kot..nanti nak try..
Selamat mencuba!