Saturday, December 10, 2016

Japan Trip (July 2016) Intro

Assalamualaikum.

Ye.. Aku tau aku dah lama tak menulis. Cuma malas nak menaip. Kan best kalau ada device kita cakap je terus traslate jadi tulisan. Hahaha. Memang super malas kau ni Waheeda.

Nak cerita pasal Japan Trip pada bulan Julai 2016. Pergi waktu summer dan pergi untuk Training.
Walaupun training, masih sempat berjalan-jalan selepas waktu kelas dan weekend sebab aku di sana 2minggu. Jadi boleh la nak share serba sedikit mana yang aku ingat. 

Disebabkan aku takut entry ni jadi panjang berjela jadi aku buat sikit-sikit la ye.

Aku akan berada di Kawasaki seminggu dan Sendai seminggu.
Hotel semua telah aku book melalui vendor yang berada di Jepun.
Di Kawasaki aku duduk di Hotel Sky Court Kawasaki dan di Sendai aku tinggal di Daiwa Roynet Hotel.

Flight pula, aku dan kawan-kawan menaiki MAS dari Kuala Lumpur ke Narita.
Flight tengah malam dan sampai Narita pagi. Flight agak full sebab share code dengan JAL.


Aku juga bawak bekalan makanan yang tak berapa nak banyak. Ada la Nasi segera Brahim, maggi cup 2, roti sebuku, serunding, tuna dalam tin dan oat bar. Itu je aku bawak.. serius aku memang tak banyak bawa bekalan makanan yang banyak. Satu sebab kat hotel ni ade sediakan breakfast dan kedua lunch pula disediakan oleh vendor. Jadi aku perlu sediakan makanan untuk dinner dan bila lapar sahaja. Makanan Halal di Jepun agak mahal. Biasa dalam 700 - 2,000 yen. 



Duit pulak, bawak la secukup rasa. Pastikan activate untuk pengeluaran dan transaksi luar negara sebelum pergi. Di Jepun biasa banyak guna cash dan credit card. Debit card ada merchant yang tak terima macam hotel kami di Sendai tu tak terima debit card. 

Untuk pakaian, aku pergi waktu summer. Jadi tak perlu nak bawak baju sejuk bagai sebab sana memang panas dan kerap hujan.  Kalau nk bawak payung digalakkan sebab hujan dia jenis sikit-sikit pastu dari pagi sampai malam. Jadi macam mana nak berjalan kalau dah hujan je kan. Kena la bawa payung. Kat sana memang banyak jual payung. 

OK . sekian untuk Intro.
Next part tak tau bila nak sambung.

Sekian.