Saturday, December 10, 2016

Japan Trip (July 2016) Intro

Assalamualaikum.

Ye.. Aku tau aku dah lama tak menulis. Cuma malas nak menaip. Kan best kalau ada device kita cakap je terus traslate jadi tulisan. Hahaha. Memang super malas kau ni Waheeda.

Nak cerita pasal Japan Trip pada bulan Julai 2016. Pergi waktu summer dan pergi untuk Training.
Walaupun training, masih sempat berjalan-jalan selepas waktu kelas dan weekend sebab aku di sana 2minggu. Jadi boleh la nak share serba sedikit mana yang aku ingat. 

Disebabkan aku takut entry ni jadi panjang berjela jadi aku buat sikit-sikit la ye.

Aku akan berada di Kawasaki seminggu dan Sendai seminggu.
Hotel semua telah aku book melalui vendor yang berada di Jepun.
Di Kawasaki aku duduk di Hotel Sky Court Kawasaki dan di Sendai aku tinggal di Daiwa Roynet Hotel.

Flight pula, aku dan kawan-kawan menaiki MAS dari Kuala Lumpur ke Narita.
Flight tengah malam dan sampai Narita pagi. Flight agak full sebab share code dengan JAL.


Aku juga bawak bekalan makanan yang tak berapa nak banyak. Ada la Nasi segera Brahim, maggi cup 2, roti sebuku, serunding, tuna dalam tin dan oat bar. Itu je aku bawak.. serius aku memang tak banyak bawa bekalan makanan yang banyak. Satu sebab kat hotel ni ade sediakan breakfast dan kedua lunch pula disediakan oleh vendor. Jadi aku perlu sediakan makanan untuk dinner dan bila lapar sahaja. Makanan Halal di Jepun agak mahal. Biasa dalam 700 - 2,000 yen. 



Duit pulak, bawak la secukup rasa. Pastikan activate untuk pengeluaran dan transaksi luar negara sebelum pergi. Di Jepun biasa banyak guna cash dan credit card. Debit card ada merchant yang tak terima macam hotel kami di Sendai tu tak terima debit card. 

Untuk pakaian, aku pergi waktu summer. Jadi tak perlu nak bawak baju sejuk bagai sebab sana memang panas dan kerap hujan.  Kalau nk bawak payung digalakkan sebab hujan dia jenis sikit-sikit pastu dari pagi sampai malam. Jadi macam mana nak berjalan kalau dah hujan je kan. Kena la bawa payung. Kat sana memang banyak jual payung. 

OK . sekian untuk Intro.
Next part tak tau bila nak sambung.

Sekian.


Thursday, April 16, 2015

Bowling

Sebelum ni aku memang tak reti main bowling. Tapi sejak kena paksa main, aku layan kan sajok..

Main sejak bulan 12 2014 sampai sekarang.. Alhamdullilah ade la progress sikit.. Hahah..

Next month ada main suka-suka kt Labuan sempena Management Meeting.. jadi aku layan kan dulu..

Nak share markah-markah bowling aku dulu dan kini..










See.... markah macam haram lagi.... hahaha...

Friday, March 20, 2015

Gile laa...

Dah lama gile tak update blog.. hahaha..


 Belanja satu gambar Dubai.Tahun lepas ni... huhu..

See u.. :) 

Tuesday, May 21, 2013

Sabar

Sabar je la.........

Thursday, May 16, 2013

ILUSANITI


Buku ni aku dah habis baca dengan jayanya..Walaupun agak slow pembacaannya..tapi berjaya jugak habis. Sebelum tu, aku nasihatkan sebelum baca buku ni pastikan anda cukup umur. Sebab bahasa yang digunakan agak tidak di tapis dan tak sesuai untuk kanak-kanak dan pelajar sekolah.

Cerita pasal kawan-kawan online game yang dah lama berkawan dan meet up untuk kenal dengan lebih dekat (Aku pernah buat bende ni). Dan lepas je jumpa salah seorang mengalami gangguan mimpi dan mimpi  berkenaan berjangkit pada rakan-rakan yang lain jugak. Sampai ada yang bunuh diri. Selebihnya, baca sendiri. Hahahha....

Tapi ending dia aku tak berapa nak paham. Nak ade orang lain baca, nanti terangkan kat aku pulak..hahaa...

Jadi boleh baca buku lain pulakk..Yeay!!!

Next book mari kita bershopaholic.huhu...Hari tu dah baca The Secret Dreamworld of a Shopaholic. Best siot...hahaha...ni nak baca Shopaholic Abroad pulak...sebab bile baca je..memang dok bayang kan diri sendiri yang suka bershoping...hahaha...memang hampir sama tapi tak serupa...:P

Thursday, May 9, 2013

MENTAL

Lama gile aku tak menulis.Bukan sengaja...tapi memang sengaja..hahaha...banyak benda berlaku..tapi malas nak menulis. Hari ni saja nk buat preview buku yg baru aku habis baca. Beli di Pesta Buku Antarabangsa. Murah pulak buku ni..3 biji RM50. Tak kira la tebal ke nipis. Untung kalau beli yang tebal. 


Tajuk buku MENTAL. Penulis Shaz Johar. Bahasa sangat-sangat bersahaja. Buku ni membuatkan kita nak continue baca dan baca dan baca. Sangat bagus untuk orang yang dah bosan baca buku-buka cinta merepek macam aku. Hahah...bagi aku best. bagi orang lain aku tak tau sebab selera masing-masing tak sama. 

Buku ni mengisahkan Maya yang menjadi orang gaji dalam rumah yang semuanya kononnya sakit jiwa gak. hahah...unexpected ending. Tapi, aku dah agak dia akan jadi macam tu sebab aku pernah baca buku yang plot lebih kurang tapi tak sama. Sesiapa tak suka novel cinta merepek boleh try baca novel ni. Aku selalu nampak kat MPH sebab aku selalu g MPH carik buku. Kedai buku lain aku tak sure. Leh survey sendiri.

Sekarang aku tengah baca satu lagi novel di bawah publishing yang sama. Sangat-sangat menarik jugak. Nanti dah habis aku baca aku share. InsyaAllah.

Nak cerita gak macam mana aku boleh terbeli novel ni. hahaha...sibuk je kan..
Masa kat pesta buku tu, biasa kalau booth-booth jual novel ni, memang pompuan je penuh kan? kan? kan?
Tapi kat booth ni, lelaki ramai dan diorg beli buku novel banyak macam pompuan-pompuan giler novel beli. Tak ke pelik kan? Jadi aku pun dengan muka tak malu dok menyelit la untuk tengok novel yang best sangat kat situ. Bila baca-baca sikit memang rasa best pulak. (untuk aku la). Aku dapat la kaut 2 novel dan satu lagi Najmi beli double novel(satu buku ada 2 cerita)..jimat di situ ye...huhuh...3 buku tu rege RM50 je..walaupun novel Najmi tu lebih tebal dari 2 novel aku tu..cet..huhuh..

Next novel tajuk nya ILUSANITI..wow..ape ke bende tu..aku pun tak tau..



Sunday, October 21, 2012

Out Station lagik

Esok out station Pengerang dan terus ke JB. Nak pasang Streamyx pun nak panggil aku ke??hadoi la...

Next month out station jauh....Hawaii..damn..visa tak apply lagi..bos dah suruh banyak kali..

Nasib badan..